Majlis Perasmian Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pada 27 Mac 2017, iaitu pada hari isnin yang lalu, berlangsungnya majlis perasmian pameran artifak Rasulullah SAW dan para sahabat RA di Muzium neger Kedah.

Pameran itu telah di rasmikan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah Bin Md Hanipah, Menteri Besar negeri Kedah.

Pameran ini telah bermula sejak 20 Mac lagi dan bakal berakhir pada 19 April 2017. Setakat ini pengunjung yang hadir ke Pameran ini telah mencecah belasan ribu orang. Sambutan daripada orang ramai sangat menggalakkan.

Ekoran daripada sambutan hangat pameran artifak Rasulullah SAW ini, Kerajaan negeri Kedah turut bercadang untuk mewujudkan Muzium Islam Kedah bagi mempamerkan artifak dan bahan sejarah Islam di negeri tersebut.

Harga tiket yang di tawarkan bagi pameran artifak ini ialah:

  • Dewasa – RM20.00 seorang
  • Pelajar – RM10.00 seorang
  • Warga Emas – RM10.00 seorang
  • OKU – RM10.00 seorang
  • Kanak Kanak 6 tahun keatas – RM10.00 seorang
  • Kanak-kanak bawah 6 tahun – Percuma

Hadiah bagi pengunjung yang bertuah turut di adakan.

  • Setiap 1,000 orang pengunjung – Sehelai T-shirt.
  • Setiap 10,000 pengunjung – Sehelai T-shirt dan Al Quran Digital.
  • Pengunjung ke 100,000 – Sehelai T-shirt, Al Quran Digital dan Pakej Umrah untuk Seorang.

Semoga dengan kewujudan pameran artifak sebegini akan menarik lebih ramai rakyat di negara ini untuk mengenali sejarah islam dengan lebih dekat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top