Hubungan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW dengan nabi-nabi terdahulu adalah sama, kecuali kedatangan baginda sebagai Ta’kid (penegasan) dan Tatmim (penyempurnaan). Rasulullah di utus untuk membenarkan ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi terdahulu dan menyempurnakan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelum ini.
Kita sepatutnya merasa bangga dan bersyukur kerana menjadi umat Nabi Muhammad SAW, kekasih Allah SWT.
Kita sangat bertuah. Nabi sangat merindui kita semua walaupun belum pernah bertemu dengan kita. Kita yang akan Nabi tanya di akhirat nanti apabila di bangkitkan.
Tetapi, bagaimana pula dengan kita? Pernah kah kita berasa rindu untuk bertemu dengan Nabi kita? Nabi yang akan memberi kan kita syafaat di akhirat nanti?
Tepuk dada. Tanya Iman.